Pages

Tuesday, November 2, 2010

Assalamualaikum.....

Setinggi-tinggi tahniah kepada ahli jawatankuasa AFG yang baru dilantik... Semoga anda semua dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab anda semua dengan amanah dan ikhlas... Terusan perjuangan AFG dalam memberi khidmat bakti kepada masyarakat dengan penuh keikhlasan.. Jadilah contoh dan tauladan yang baik.. Jalankanlah seberapa banyak program yang mampu anda lakukan... Kami jawatankuasa yang lama memohon kemaafan sekiranya ada salah dan silap sepanjang AFG berada dibawah pimpinan kami.. Selamat menjalankan tugas anda.....

Wednesday, August 25, 2010

Assalamualaikum wrt. wbt.

Alhamdulillah bersyukur kami kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya serta didalam bulan Ramadhan yang penuh barakah dan kemuliaan ini kami dari Akademi Fasilitator Group (AFG) KIPSAS telah berjaya menjalankan satu lagi program baru-baru ini iaitu program Majlis Berbuka Puasa Bersama Penghuni Rumah Amal Hembusan Kasih Sayang. Program ini telah melibatkan seramai 40 orang ahli-ahli AFG KIPSAS serta 25 orang penghuni Rumah Amal Hembusan Kasih Sayang (RAHKS) yang terletak di Taman Guru, Kuantan Pahang.
Terdapat beberapa program yang telah dijalankan sepanjang seharian kami disana. Untuk melancarkan lagi program tersebut, pengarah program telah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan. Antara program-program yang telah dijalankan adalah seperti gotong-royong memasak untuk berbuka puasa yang melibatkan 16 orang ahli AFG dibantu oleh penjaga rumah tersebut. 16 orang lagi telah ditugaskan untu membantu mengemas rumah tersebut. Manakala ahli yang selebihnya iaitu seramai 8 orang telah dilantik untuk menjadi fasilitator kepada 25 orang penghuni rumah tersebut.
Selain itu, kami juga berbuka puasa bersama-sama dan solat tarawih bersama. Program diceriakan lagi dengan cerita-cerita yang telah disampaikan oleh beberapa orang fasilitator selepas solat tarawih.Acara diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebagai penutup program kami semua menyaksikan bunga api bersama-sama. Jelas terpancar kegembiraan dan kebahagian di wajah semua penghuni Rumah Amal Hembusan Kasih Sayang tersebut. Walaupun penat tapi kami gembira kerana dapat bersama-sama adik-adik dari RAHKS tersebut. Kegembiraan mereka adlah kebanggaan kami. Sekian.

Tuesday, August 10, 2010

Apa itu AFG?

AFG atau AKADEMI FASILITATOR GROUP ialah sebuah akademi yang telah ditubuhkan di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS). Ianya ditubuhkan adalah untuk melahirkan barisan pimpinan yang mampu berhadapan dengan masyarakat. Ianya juga bertujuan untuk melahirkan Siswa Siswi yang berdisiplin. AFG juga mempunyai objektif, misi dan visi yang tersendiri. Antaranya ialah :

OBJEKTIF

1. Untuk menjadikan semua barisan kepimpinan & ahli mengutamakan Tuhan dalam segala hal.

2. Bertujuan untuk memastikan semua ahli terpimpin & mampu memimpin.

3. Untuk memastikan semua ahli & barisan kepimpinan mampu menjaadi "Qudwatul Hasanah" (Contoh Yang Baik).


MISI AFG

Membina generasi berkepimpinan dan sahsiah Islam yang unggul.


VISI AFG

1. Merencanakan aktiviti-aktiviti yang bercorak kepimpinan sebagai usaha untuk memahami potensi keinsanan & meningkatkan pembangunan diri.

2. Menjadikan Siswa Siswi KIPSAS terus proaktif dalam aktiviti kepimpinan.

3. Melahirkan generasi muda yang berkepimpinan.
KHAS UNTUK SISWA SISWI KIPSAS...

<<<SECARIK TINTA>>>

Anda berminat menjadi seorang Fasilitator???

Sertailah kami di AKEDEMI FASILITATOR GROUP (AFG)

Kelebihan :

-Dianggotai oleh siswi dari KIPSAS.
-KURSUS ASAS FASILITATOR disediakan.
-Yuran keahlian hanya RM10 setiap semester.
-Dapat menyertai secara langsung dalam program & aktiviti yang dianjurkan oleh AFG @ Sekolah (Keb,Men).
-memenuhi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

email @ F/B : afgkipsas@yahoo.com