Pages

Tuesday, August 10, 2010

Apa itu AFG?

AFG atau AKADEMI FASILITATOR GROUP ialah sebuah akademi yang telah ditubuhkan di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS). Ianya ditubuhkan adalah untuk melahirkan barisan pimpinan yang mampu berhadapan dengan masyarakat. Ianya juga bertujuan untuk melahirkan Siswa Siswi yang berdisiplin. AFG juga mempunyai objektif, misi dan visi yang tersendiri. Antaranya ialah :

OBJEKTIF

1. Untuk menjadikan semua barisan kepimpinan & ahli mengutamakan Tuhan dalam segala hal.

2. Bertujuan untuk memastikan semua ahli terpimpin & mampu memimpin.

3. Untuk memastikan semua ahli & barisan kepimpinan mampu menjaadi "Qudwatul Hasanah" (Contoh Yang Baik).


MISI AFG

Membina generasi berkepimpinan dan sahsiah Islam yang unggul.


VISI AFG

1. Merencanakan aktiviti-aktiviti yang bercorak kepimpinan sebagai usaha untuk memahami potensi keinsanan & meningkatkan pembangunan diri.

2. Menjadikan Siswa Siswi KIPSAS terus proaktif dalam aktiviti kepimpinan.

3. Melahirkan generasi muda yang berkepimpinan.

No comments:

Post a Comment