Pages

Wednesday, August 25, 2010

Assalamualaikum wrt. wbt.

Alhamdulillah bersyukur kami kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya serta didalam bulan Ramadhan yang penuh barakah dan kemuliaan ini kami dari Akademi Fasilitator Group (AFG) KIPSAS telah berjaya menjalankan satu lagi program baru-baru ini iaitu program Majlis Berbuka Puasa Bersama Penghuni Rumah Amal Hembusan Kasih Sayang. Program ini telah melibatkan seramai 40 orang ahli-ahli AFG KIPSAS serta 25 orang penghuni Rumah Amal Hembusan Kasih Sayang (RAHKS) yang terletak di Taman Guru, Kuantan Pahang.
Terdapat beberapa program yang telah dijalankan sepanjang seharian kami disana. Untuk melancarkan lagi program tersebut, pengarah program telah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan. Antara program-program yang telah dijalankan adalah seperti gotong-royong memasak untuk berbuka puasa yang melibatkan 16 orang ahli AFG dibantu oleh penjaga rumah tersebut. 16 orang lagi telah ditugaskan untu membantu mengemas rumah tersebut. Manakala ahli yang selebihnya iaitu seramai 8 orang telah dilantik untuk menjadi fasilitator kepada 25 orang penghuni rumah tersebut.
Selain itu, kami juga berbuka puasa bersama-sama dan solat tarawih bersama. Program diceriakan lagi dengan cerita-cerita yang telah disampaikan oleh beberapa orang fasilitator selepas solat tarawih.Acara diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebagai penutup program kami semua menyaksikan bunga api bersama-sama. Jelas terpancar kegembiraan dan kebahagian di wajah semua penghuni Rumah Amal Hembusan Kasih Sayang tersebut. Walaupun penat tapi kami gembira kerana dapat bersama-sama adik-adik dari RAHKS tersebut. Kegembiraan mereka adlah kebanggaan kami. Sekian.

No comments:

Post a Comment